Senyum Sapa Salam (3S)

Kempen 3S telah bermula di sekolah-sekolah, dapatkan rekabentuk grafik untuk digunakan di sekolah anda! 100% Percuma!.

Pelbagai rekabentuk grafik untuk poster sedia digunakan

PDPGuru menggalakkan perkongsian karya seni guru-guru seluruh negara, dengan ini kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang!. Bersama mengumpulkan hasil karya seni guru-guru Malaysia.

Akademik dan kokurikulum berpisah tiada

PDPGuru juga terbuka kepada mana-mana guru yang ingin menyumbang bakti dalam bentuk penulisan berkaitan unit-unit uniform, ilmu di dada jangan disimpan begitu saja, ayuh kongsi bersama!

Pelbagai rekabentuk grafik yang menarik untuk dikongsikan bersama

PDPGuru juga menyediakan ruang untuk berkongsi karya seni guru-guru seluruh negara.Bersama mendidik dengan penuh keseronokkan. Kongsikan bersama.. nikmati kelebihannya.

Selamat menduduki peperiksaan UPSR

PDPGuru bukan sahaja memudahkan guru menyampaikan ilmu semasa di dalam kelas, malah boleh diakses oleh murid dimana jua berada dengan menyokong pelbagai jenis peranti.

Halaman

29 April 2016

BMT5 : Latihan bina ayat berdasarkan gambar.


Bina ayat berdasarkan gambar yang berikut.




1. _______________________________________________________________________

2. _______________________________________________________________________

3. _______________________________________________________________________

4. _______________________________________________________________________

5. _______________________________________________________________________

26 April 2016

BMT5

LATIHAN TATABAHASA.

Isi tempat kosong dengan Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan yang betul.

                               Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan.


berpuas hati                      usaha sama                          berbesar hati             membuka jalan
dimuatnaikkan                 kata putus                            penanda aras             sukacita
kerjasama                          berpeluk tubuh                   menang tangan          membanting tulang
                                            berganding bahu                warga sekolah


          Terima kasih saya ucapkan kepada semua ibu bapa dan (1) ____________________ ini yang telah memberikan (2) ___________________ untuk memastikan kelancaran Karnival Keusahawanan sekolah kita pada hari ini. Jelaslah bahawa kerja yang susah akan menjadi mudah jika kita saling bermuafakat dan ringan tulang.

          Ucapan syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Karnival Keusahawanan atas (3) ____________________ dan (4) __________________ untuk memastikan karnival ini berjalan dengan lancar. Saya amat (5) __________________ atas permuafakatan semua pihak yang (6) ___________________ untuk melaksanakan tugas masing-masing.

          Saya amat (7) _________________ apabila melihat kesungguhan semua pihak untuk memastikan karnival ini berjalan dengan lancar. Saya dapat melihat kesungguhan tersebut semasa membuat rondaan di tapak karnival. Saya tidak melihat seorang petugas pun yang hanya
(8) ______________, sebaliknya mereka kelihatan saling membantu sehingga tidak (9) ___________ untuk melayan pelanggan yang datang ke gerai mereka.

         Bagi pihak saya, kejayaan ini menjadi (10) ________________ kepada pihak sekolah terhadap usaha yang ditunjukkan oleh semua pihak. Selain itu, kejayaan karnival ini juga telah (11) __________ ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa depan.
Oleh itu , saya berasa (12) ______________ hendak mengumumkan bahawa pihak sekolah telah memberikan (13) _________________ untuk menjadikan karnival ini sebagai acara tahunan sekolah. Gambar-gambar yang dirakamkan semasa karnival ini berlangsung akan (14) _______________
dalam laman web sekolah untuk tatapan semua warga sekolah pada minggu depan.
         Sekian, terima kasih.

Jawapan :

1.                                             8.
2.                                             9.
3.                                           10.
4.                                           11.
5.                                           12.
6.                                           13.
7.                                           14.

SELAMAT MENJAWAP.

25 April 2016

PIT4 : MENGHORMATI TETAMU ( HADIS )



SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH INI ...










حورماتي تتامو


       ......سياڤاکه تتامو
                                                       

تتامو اياله اورڠ يڠ داتڠ مڠونجوڠي کيت.

                                    حديث حرمتي تتامو

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ

فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

 


رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ

               
باچ چريتا د باوه

DIKISAHKAN bahwa ketika berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata: “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah.”
Setelah fakir itu berkata demikian, maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.
Sebaik gadis itu memberikan roti itu, maka keluarlah bapa gadis berkenaan yang bakhil terus memotong tangan kanan anak gadisnya hingga putus.
Sejak peristiwa itu, Allah mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya hingga dia menjadi seorang yang fakir. Akhirnya, dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah itu.
Ibu itu terpegun dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis itu dan berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis berkenaan. Maka, selepas perkahwinan itu selesai, si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia kudung kerana ibunya merahsiakan perkara itu. Apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.
Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata: “Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tata cara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”
Selepas si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.
Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu: “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah SWT, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana-Allah, maka tidak ada halangan bagi-Allah SWT memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”
Setelah gadis itu mendengar suara itu, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya dan mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya. Dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir. Sesungguhnya apabila dia datang ke rumah kita, maka dia adalah tetamu kita
چارا-چارا ممولياکن تتامو

منجواب سلام
مڠالو-الوکن کداتڠن
برڤاکاين کمس دان منوتوڤ عورة
سنتياس سڽوم
جامو دڠن سباءيق-باءيق هيدڠن

مڠيريڠي کڤولڠن تتامو

کڤنتيڠن ممولياکن تتامو

بوقتي کسمڤورناءن ايمان
مڠراتکن صلةالرحيم
منداڤت رحمة الله
دسانجوڠ مشارکت

منداڤت ڤهالا

عاقبة تيدق ممولياکن تتامو

منجاتوهکن ايميج ديري
منيمبولکن ڤرݢادوهن
دبنچي مشارکت

دمورکاءي الله











24 April 2016

PIT6 : RASUAH ( رسواه )








لَعَنَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

رسول الله ساو ملعنة اورڠ يڠ ممبري رسواه، دان ڤنريما رسواه


رسواه اياله سواتو ڤمبرين يڠ دبريكن كڤد سساورڠ اونتوق ممبنركن سسواتو يڠ ساله اتاو ممبطلكن سسواتو يڠ بنر.

چونتوه :

سساورڠ ڤكرجا تله مڠهولوركن سجومله واڠ كڤد ماجيكن سوڤاي بلياو دينااقكن ڤڠكت دڠن سڬرا.

رسواه مروڤاكن ڤربواتن يڠ بوليه مڠاكيبتكن دوسا دان مستي كيت جاوهي كرانن الله دان رسول ملعنة ڤمبري دان ڤنريما رسواه.

سبب برلاكوڽ رسواه:

1. ايمان يڠ لمه

- تيدق تاكوت دڠن عذاب الله

- مندهولوكن كهندق ديري درڤد كريضاان الله

2. كلمهن ديري

- ڬاڬل مڠاول كهندق ديري

- تيدق تاكوت اكن دوسا

3. برصفة طمع اونتوق منداڤتكن سسواتو

- ايڠين مرايه سسواتو جاوتن دڠن موده

- ماهو سڬرا هيدوڤ ميواه


كسن رسواه

1. منجاتوهكن مرواه ديري

2. منيمبولكن ڤرموسوهن

3. صفة أمانه دان تڠڬوڠ جواب تراباي

4. منداڤت كموراكان دان لعنة الله

5. هيدوڤ تيدق دبركتي الله

كبايكن منجاوهي رسواه

1. مشاركت هيدوڤ برساتو ڤادو

2. ايكونومي، سوسيال، ڤوليتيك داڤت دڤركوكوهكن

3. جاوه دري كموركأن الله

ڤڠاجرن درڤد حديث
 
1. كيت هندقله منجاوهي رسواه

2. منداڤت لعنة الله

3. نڬارا موندور دان كوچر – كاچير


لَعَنَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ


رسول الله ساو ملعنة اورڠ يڠ ممبري رسواه، دان ڤنريما رسواه

mari kita nasyid bersama




22 April 2016

BMT5

LATIHAN PEMAHAMAN

 SET 1


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

           
Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.    
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah. Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk di penanggah.
            Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
            Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah, majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
            Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin. “Cantik sungguh Kak Sarah,” bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu makan di khemah yang telah disediakan.
            Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang awal kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami.


1.       Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?

            A.    Hari Sabtu
            B.    Hari Ahad
            C.    Hari Isnin
            D.    Hari Jumaat


2.       Mengapakah abang “aku” nyaris-nyaris muntah ?

            A.    Kerana tidak tahan bau hanyir ayam.
            B.    Kerana ayam sudah berbau busuk.
            C.    Kerana tidak tahan melihat darah ayam.
D.    Kerana ayam yang disiangi terlalu banyak.


3.       Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan, kecuali

            A.    menepung tawar
            B.    bersanding.    
            C.    berarak
            D.    akad nikah


4.       Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ?

            A.    Sekuntum bunga mawar.
            B.    Sekuntum bunga telur
            C.    Sebiji telur.
            D.    Sepotong kek.


5.       Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?

            A.    Adik-beradik
            B.    Sepupu
            C.    Besan
            D.    Anak Saudara

20 April 2016

MtT3 BAHAGI




OPERASI BAHAGI


1) BAHAGI IALAH PROSES TOLAK BERULANG

2) BAHAGI IALAH PERKONGSIAN  SAMA BANYAK


LATIHAN  SECARA LISAN



13 April 2016

MtT3 Penyelesaian Masalah Darab



BACA SIFIR 






BINA AYAT MATEMATIK


                                          1.  Ada 5 buah kotak. Setiap kotak mengandungi 
                                               6 botol susu. Berapa jumlah botol susu semuanya?


                                          2.  Di dalam sebuah kedai haiwan peliharaan terdapat 
                                               10 buah akuarium.Setiap  akuarium mengandungi 
                                               9 ekor ikan emas. Kira jumlah ikan yang ada 
                                               semuanya.


                                          3.   Ahmad membeli 215 buah kotak pensel. Setiap
                                                kotak   pensel mengandungi 8 batang pensel.
                                                Hitung  jumlah   pensel warna semuanya.


BINA SOALAN BERDASARKAN AYAT MATEMATIK.



1.       30 X  5 =  150


    2.         8  X  45  =  360






BIT3 : My Pet

English -  Year 3
Unit 6 - My Pet




My pet is a hamster. Its name is Rimpy. It is brown and white. It has short ears and legs

It can crawl and run.

      It eats vegetables. It lives in a cage






My pet is a tortoise. Its name is TuddlesIt is green. It has hard shell and four short legs

It can swim and walk slowly.

        Tuddles eats vegetables. It lives in an aquarium.


BMT6 ; Kata Bilangan

1.  Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2.  Kata bilangana boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan.
3.  Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis.
4. Tujuh jenis kata bilangan serta contohnya:

a.  kata bilangan tentu                   -   satu,dua, seratus
b.  kata bilangan tak tentu            -   beberapa , semua, setengah-setengah
c.  kata bilangan pecahan             -  setengah , separuh,
d.  kata bilangan pisahan              -  setiap , tiap-tiap , masing-masing
e.  kata bilangan himpunan           -  berminggu-minggu , pelbagai , himpunan
f.   kata bilangan tingkat               -  pertama, kedua , ketiga
g.  kata bilangan tanya                  -    berapa

Latihan
Tulis jawapan kamu di tempat yang sesuai:

separuh  ,   berabad-abad  ,   kedua-dua   ,  ribuan  ,   setiap  ,   dua ,
 seluruh   ,    berhari-hari     ,   pertama       ,  beberapa  , seluruh

1.  Dialah orang ______  yang tiba di dewan peperiksaan pada hari itu.
2.  Hujan lebat _____ itu menyebabkan kawasan yang rendah ditenggelami air.
3.  lbu memarahi Azim kerana membuat kerja ___________ jalan saja.
4.  ____________ kakitangan pejabat itu terkejut apabila mendengar letupan yang kuat di dalam                bangunan itu.
5. Pegawai itu mempersilakan __________ peserta seminar bahasa itu ke dewan utama.
6.  Polis menahan ___________  orang anak Pak Leman  kerana terlibat dalam perlumbaan haram.




BMT5 : Latihan menulis

BMT5
Soalan latihan.

Lengkapkan pantun di bawah dengan betul.

Hidup subur di tanah gambut,                                                      Hidup berbudi pada tanah,
   Tambah pendapatan petani mithali.                                                 Nescaya kita akan senang.


Buah nanas buah idamanku,                                                        Nanas Sarawak nanas madu
    Rasanya manis enak sekali.                                                          Itulah buah untuk dirimu.


Pergi ke sungai terpijak paku,
   Hemdak memancing si ikan keli;

(1)________________________________
__________________________________

Kelapa ditebang kucari umbut,
Tiada kapak guna tali:
(2)________________________________
__________________________________


Makan nasi cicah budu,
    Duduk bersimpuh di ruang tamu:
(3)________________________________
__________________________________


Laut berombak kapal punah,
   Ikan di laut berenang-renang:
(4)________________________________
__________________________________











PIT6 : HURAIAN SURAH AT TIN

Pengenalan surah:


Tafsir ringkas:

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ وَطُورِ سِينِينَ وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ .
Allah bersumpah dengan Tin, Zaitun, Thursina dan Balad al-Amin.

Apakah yang dimaksud dengan Tin dan Zaitun?

Menurut Ibnu Abbas, Tin dan Zaitun yang dimaksud dalam ayat ini adalah buah tin dan zaitun. Hal ini menunjukkan bahawa buah tin dan zaitun adalah nutrisi dan buah yang sarat dengan manafaat.

Buah tin sudah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah tin dikatakan mampu menurunkan kolesterol hingga 20%, mencegah serangan jantung. Tin juga kaya dengan serat hingga berguna untuk pencernaan dan melindungi diri dari kanser usus. Tin kering dapat digunakan untuk sterilisasi, membunuh bakteri dan virus kerana mengandungi komposisi phenol yang tinggi.

Sementara zaitun berkhasiat menurunkan kolesterol jahat, mencegah kanser, mencegah penyumbatan atau pembekuan darah dan sebagainya. Lemak dalam zaitun sama dengan lemak dalam ASI yang dikategorikan sebagai lemak terbaik untuk dikonsumsi.
Rasulullah bersabda mengenai buah Zaitun:
كُلُوا الزَّيْتَ، وَادَّهِنُوا بِالزَّيْتِ، فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ
“Makanlah buah Zaitun dan berminyaklah dengannya. Sebab, itu adalah pohon yang yang diberkati.” (HR. Turmudzi nomor 1851)
Pendapat kedua, yang dimaksud tin dan zaitun bukanlah jenis buah. Lalu apa? Para mufassir berbeza pendapat, sebagai berikut :
·         Tempat tumbuhnya tin dan zaitun, iaitu negri Syam.
·      Tempat diutusnya para Nabi. Tin adalah tempat diutusnya Nabi Isa, Zaitun tempat diutusnya mayoritas Nabi  bani Isaril, Thursina tempat diutusnya Musa dan Balad al-Amin tempat diutusnya Nabi Muhammad Saw.
Thursina adalah nama bukit tempat Nabi Musa menerima wahyu. Sementara Balad al-Amin adalah kota Mekah.
Rangkaian ayat ini mengisyaratkan adanya beberapa tempat yang diberkahi, yaitu Mekah (lihat Ali Imran: 96), Baitul Muqaddas (lihat Al-Isra: 1) dan Bukit Sinai (lihat Al-Qashash: 30).

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4)
Khalaqa berarti menciptakan sesuatu dari tidak ada dengan ukuran tertentu sesuai dengan hikmah-Nya. Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna, tegak, lengkap dengan akal dan pikirannya. Demikian pendapat Ibnu Abbas, Mujahid dan Qatadah.
Adapula yang mengatakan bahwa yang dimaksud adalah sisi ruhani manusia, bukan fisiknya. Dengan sisi ruhani, manusia diperintahkan untuk beribadah dan mencapai tingkatan yang mulia.

ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
Ada beberapa penafsiran mengenai ayat ini:
Pertama, setelah Allah menciptakannya dengan demikian fisik yang demikian sempurna dan tegak, manusia akan dikembalikan pada level fisik yang paling rendah. Manusia akan menjadi tua, bungkuk, lemah hingga akhirnya mati (lihat Ar-Rum: 54).
Kedua, setelah manusia diciptakan dengan sempurna, lalu dibekali dengan akal, pikiran, fitrah, bahkan Allah menurunkan agama sebagai pedoman, Allah akan mengembalikan manusia pada kedudukan yang paling rendah, yaitu neraka sebab kekufuran mereka.
Ketiga, setelah manusia (Adam) diciptakan dengan sempurna, lalu ditempatkan di tempat tertinggi (surga), Allah turunkan ke tempat terendah (bumi) setelah Adam melanggar larangan Allah.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6)
Demikianlah manusia. Dari makhluk paling mulia bisa menjadi mahluk yang paling hina. Dari makhluk dengan fisik yang prima menjadi makhluk yang lemah. Kecuali orang yang beriman dan beramal saleh. Di akhirat, mereka akan masuk ke tempat tertinggi, yaitu surga. Sementara di dunia, Allah akan memberikan ketenangan dan ketentraman bagi mereka saat berusia lanjut.
Selain itu, banyak bukti bahwa orang beriman dan beramal tidak akan terserang penyakit pikun di hari tuanya. Syeikh Hasan as-Syair, masih hidup di usia lebih dari seratus tahun, dan masih sanggup mengajarkan qiraat asyrah kepada murid-muridnya di Madinah.
Bagi mereka akan mendapatkan pahala yang Ghairu Mamnuun. Apakah ghairu mamnuun? Bisa berarti tidak terputus, bisa pula berarti tidak disebut-sebut.
Maksud pahala yang tidak terputus adalah Allah akan tetap mencatatkan pahala amalan yang biasa ia kerjakan sewaktu muda dan sehat, namun amalan itu tidak bisa lagi ia kerjakan setelah tua dan sakit-sakitan.
Rasulullah bersabda,
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Apabila seorang hamba sakit atau bepergian dicatat (amalannya) seperti apa yang ia lakukan dalam keadaan sehat dan mukim.” (HR. Bukhari nomor 2834). Bahkan, Ibnu Abbas meriwayatkan sabda Rasulullah: “jika seorang mukmin telah mencapai masa tua sehingga ia tidak bisa menunaikan amalan-amalannya, maka ia akan dicatat dengan pahala seperti yang ia kerjakan semasa mudanya”. (Tafsir al-Alusi, tanpa menyebutkan perawinya).
Atau, yang dimaksud tidak terputus adalah pahala mereka berupa kenikmatan surga. Sebagaimana kita ketahui, apabila seseorang telah masuk surga, maka ia tidak akan keluar lagi darinya. Ia akan terus berada dalam kenikmatan yang tiada terputus.

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ (7) أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ (8)
Jika demikian keadaannya, maka, apalagi yang membuat mereka tetap mendustakan hari pembalasan? Tidakkah mereka takut terhadap Allah hakim yang paling adil? Kelak, Allah akan memutuskan semuanya tanpa ada kezhaliman sedikitpun.
Rasulullah bersabda,
Jika salah seorang dari kalian membaca surah At-Tiin kemudian membaca ujungnya “bukankah Allah adalah Dzat yang paling adil dalam menghukumi?” maka katakanlah “Ya, dan kami termasuk orang-orang yang bersaksi atas hal itu.” (HR. Turmudzi, Abu Daud dan Ahmad)

Beberapa pengajaran dari surah At Tin:
1.      Besarnya nikmat Allah SWT kepada manusia dan kewajiban mensyukuri nikmat itu.
2.      Memahami bahawa kenikmatan duniawi itu tidak kekal.
3.   Balasan bagi mukmin yang beramal soleh adalah pahala yang tidak terputus.

SUMBER :http://pustaka-azkia.blogspot.my/2014/05/tafsir-surah-at-tin.html

EduwebTV :

MATEMATIK Tahun 3 BAHASA MELAYU Tahun 3 Teknologi Maklumat Tahun 4