12 April 2016

BMT3 : Latihan Keselamatan di Sekolah

Apakah maklumat keselamatan di sekolah yang kamu ketahui?
(Tuliskan jawapan kamu di ruangan komen).

Kebiasaannya, selepas sesuatu program dijalankan, setiausaha akan membuat laporan aktiviti. Bagaimana cara untuk menulis laporan? Berikut adalah perkara yang perlu ada di dalam sesebuah laporan.

Format Karangan Jenis Laporan
Tajuk Laporan   
 Hendaklah ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata 
dan digariskan. Tajuk juga boleh ditulis dengan huruf besar.
 Jika tajuk terlalu panjang, boleh ditulis dalam dua baris.

Isi Laporan              
 Bermula dengan pendahuluan, dilengkapi dengan beberapa isi 
dan diakhiri dengan penutup. Isi laporan ditulis dan 
dikembangkan  mengikut perenggan.

Pengakuan Pelapor 
 Ditulis di sudut kiri selepas perenggan terakhir.
 Ditandakan dengan koma (,).

Tarikh
: Ditulis di sudut kanan laporan,setentang dengan 
pengakuan pelapor. Dibubuh noktah (.) di hujungnya.

Tandatangan
: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah selepas pengakuan 
pelapor.

Nama Pelapor        
: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas
 tandatangan.

Jawatan Pelapor     
 Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan 
dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya ditulis 
nama persatuan yang diwakili.


CONTOH KARANGAN LAPORAN
Tajuk / Soalan : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut . Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka Karangan:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a)       kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b)       ceramah -pensyarah dari USM
c)       gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
d)       lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.

Karangan Lengkap
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
         
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
         
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
         
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
         
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh,                                                                                                                                             25 Januari 1996.
      Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
Jerteh,Terengganu.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home