Halaman

Ingin jadi penulis?

Assalammualaikum w.b.t & salam mesra!

Anda seorang guru? sedang berkhidmat atau telah bersara? ingin menyumbangkan idea dan tenaga dalam memantapkan pdp guru di Malaysia?

Ayuh! sertai kami, kita kongsikan segala kebaikkan di sini. Jangan biarkan ilmu yang ada terpendam begitu sahaja, kita manfaatkan bersama untuk kegunaan selama-lamanya walaupun pada ketika itu kita sudah tiada...ilmu disini terus berjalan sebagai bekalan. 

BERMINAT???

Hubungi saya melalui telegram di alamat ini @suffi dan berikan butiran berikut :

################# MULA COPY & PASTE KEPADA SAYA ################# 

1. Nama Penuh
2. Alamat sekolah semasa / terakhir bagi pesara
3. No.Telefon 
4. Alamat email yang aktif

Saya berminat untuk menyertai 'team pdpguru' dalam mencurahkan ilmu yang ada untuk dikongsikan kepada semua guru yang ada di Malaysia. Semoga dengan usaha ini, ilmu yang saya miliki tidak hanyut begitu sahaja malah dapat dimanfaatkan untuk kegunaan ramai selama-lamanya. 

Dengan ini saya bersetuju dengan semua Terma dan Syarat yang ditetapkan oleh Admin/Pihak pengurusan PDPGuru.blogspot.my

Terima Kasih. 

################# TAMAT COPY & PASTE KEPADA SAYA ################# 

TERMA & SYARAT

1. Setiap penulisan PDP mestilah bahan asli daripada penulis, bukannya hasil penulisan orang lain yang diplagiat.
2. Penulisan yang menggunakan hasil penulisan orang lain perlulah dengan jelas memberi kredit kepada penulis asal dengan meletakkan 'link url' daripada mana penulisan itu diambil. 
3. Pihak pengurusan tidak boleh disabitkan dengan tindakan undang bagi mana-mana penulis yang memplagiat teks, imej, audio atau video (multimedia). 
4. Setiap penulis bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang ditulis dan tidak melanggar sebarang terma dan syarat yang ditetapkan. 
5. Semua penulisan adalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran sahaja dengan matlamat dapat digunakan oleh rakan-rakan guru yang lain secara PERCUMA dan tidak boleh menuntut apa-apa royalti terhadap penulisan yang digunakan oleh orang lain dengan niat tidak bermotifkan keuntungan. 



0 Komen:

Post a Comment

EduwebTV :

MATEMATIK Tahun 3 BAHASA MELAYU Tahun 3 Teknologi Maklumat Tahun 4